
|
...Assalamualaikum... ![]() Umur : 34 Tahun Nama Ukhuwah : qalamnurhas Nama Blog : qalamnurhas@blogspot.com ~~Kata Pujangga~~ ✔ Buang jauh-jauh rasa putus asa itu... ✔ Buang jauh-jauh rasa kecewa itu... ✔ Buang jauh-jauh rasa sedih itu... ✔ Buang jauh-jauh rasa keseorangan itu... ✔ Ukirlah senyuman dikala kesepian... ✔ Ukirlah senyuman dikala air mata bercucuran... ✔ Ukirlah senyuman dikala dirasakan diri lelah... ✔ Ukirlah senyuman dikala dirasakan kasih-Nya melebihi segala... Sembang Ukhuwah ![]() Credit ![]()
| WARKAH BUAT HAWA
Bismillahir rahmanir rahim... Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh >> WARKAH UNTUK HAWA << • Hawa..
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu,, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan addin Allah.
• Hawa..
Andai engkau belum berkahwin jangan engkau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah peretemuan lelaki bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
• Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya un tuk menggoncangkan iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang buka muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain ccinta keran dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yyakni sebuah perkahwinan.
• Hawa..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
• Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah. Meskipun tidak di dunia tetapi pasti di akhirat. Cintailah kedua ibu bapamu kerana engkau akan memperolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana engkau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain cinta keluarga.
Jangan sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggoncang iman lelaki.
In Sya Allah..
Wallahu a’lam..
|